BEZZA




Kelebihan Perodua Bezza

Berikut antara ciri-ciri serta beberapa kelebihan Perodua Bezza.
  • Kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Enjin 1.0L 1KR-VE VVT-i (67hp -6,000rpm dan tork 91Nm -4,400rpm). Enjin 1.3L – 1NR-VE Dual VVT-i (94hp -4,400rpm dan tork 121 – 4,000rpm).
  • Semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD). Ciri tambahan mengesan dan mengurangkan gelinciran dengan Kawalan Stabiliti Kenderaan – VSC (Bezza Advance).
  • Menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP.
  • Sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin buat pertama kali (Bezza Premium X dan Advance). Turut dilengkapi port kuasa USB (5V/2A) untuk penumpang belakang yang diletakkan di hujung bahagian belakang konsol tengah.
  • Ruang but yang lebih besar iaitu berkapasiti 508 liter, dua kali lebih besar dari Axia (260 liter) dan 95 liter lebih besar berbanding ruang but Proton Saga (413 liter).
  • Konfigurasi tempat duduk belakang yang boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.
  • Kesemua varian dilengkapi dengan dua beg udara, ABS dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.
  • Turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar.
  • Pemain audio utama 2-Din dengan skrin sesentuh beserta sistem Mirror Link (Bezza Advance)
  • Didatangkan dengan enam warna dengan cat berasaskan air yang lebih mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’
  • Waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan (sama seperti model Perodua sedia ada).
  • Harga yang kompetetif sekitar RM37,300 hingga RM50,800.




BEZZA STANDARD G
BEZZA PREMIUM
BEZZA ADVANCE




No comments:

Post a Comment